KUALA LUMPUR: Seorang wanita maut, manakala empat rakannya cedera selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung di Jalan Batang Kali, petang Ahad.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 6.28 petang dan tujuh pegawai serta anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu digegaskan ke lokasi.
"Sebaik tiba, didapati sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux telah terjatuh di dalam gaung dan kerja-kerja menyelamat bagi mengeluarkan seorang mangsa yang tersepit di dalam kenderaan itu mengambil masa 10 minit," katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, bagaimanapun, wanita berusia 58 tahun itu disahkan telah meninggal dunia, manakala empat mangsa yang cedera dibawa ke hospital berhampiran.
Identiti semua mangsa yang terlibat belum diperoleh. - BERNAMA
Bernama
Sun Feb 11 2024
Seorang wanita maut, manakala empat rakannya cedera selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung di Jalan Batang Kali, petang Ahad.
Afrika Selatan menguatkan seruan global untuk tindakan undang-undang dalam krisis Gaza
Usaha terbaharu itu merupakan tindakan penting yang diambil negaranya dalam menyokong hak dan kenegaraan Palestin.
Pemimpin Israel berpecah kerana tadbir urus Gaza pasca perang
Ia turut didorong serangan tidak dijangka di beberapa wilayah Palestin oleh Hamas, selain kumpulan berkenaan mengumpulkan semula pasukannya di utara Gaza biarpun Israel sebelum ini, mendakwa ia sudah dinyahaktifkan di lokasi terbabit.
Malaysia, Uzbekistan boleh jalin perkongsian strategik bidang berkaitan kepentingan umat Islam
Kedua-dua negara majoriti Islam itu boleh bekerjasama sebagai pasukan yang kuat dalam pelbagai bidang yang mempunyai minat khusus umat Islam.
Kes COVID-19 Singapura naik hampir dua kali ganda
Untuk melindungi kapasiti katil hospital dan sebagai langkah berjaga-jaga, hospital awam diminta mengurangkan kes pembedahan elektif yang tidak mendesak dan memindahkan pesakit yang sesuai ke kemudahan penjagaan seperti Kemudahan Penjagaan Peralihan atau di rumah melalui Mobile Inpatient Care@Home.
Faisal Halim tunjukkan kesembuhan positif - Adam Adli
Pemain sayap sensasi Harimau Malaya dan Selangor FC Mohamad Faisal Abdul Halim atau lebih dikenali sebagai Faisal Halim, kini menunjukkan tanda-tanda kesembuhan yang positif.
APEC harus tetapkan gaji minimum - MITI
Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) harus secara kolektif mewujudkan penetapan gaji standard untuk mencegah kadar gaji tidak sesuai yang memberi kesan kepada golongan wanita.
Malaysia, Uzbekistan akan tingkatkan kerjasama ekonomi - Tengku Zafrul
Malaysia dan Uzbekistan akan memperbaharui komitmen mereka untuk mengukuhkan hubungan ekonomi sempena hubungan diplomatik selama empat dekad, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Kestabilan politik bawa pembangunan dan kemajuan di Sarawak - TPM Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kestabilan politik telah membawa banyak pembangunan dan kemajuan di Sarawak.
AWANI Ringkas: Faisal Halim tunjuk perkembangan positif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kerjasama Malaysia-Uzbekistan tawar potensi amat besar - PM Anwar
Kerjasama antara Malaysia dan Uzbekistan menawarkan potensi amat besar yang boleh mentransformasikan dan memodenkan pembangunan ekonomi kedua-dua negara serta menarik pelaburan, kata Perdana Menteri D
Wanita maut kemalangan, saksi diminta tampil salur maklumat - Polis
Polis minta kerjasama orang ramai salurkan maklumat berhubung kemalangan dua kenderaan di Jalan Keramat Pulai, Ipoh, Sabtu lalu.
Pemandu wanita maut nahas tiga kenderaan
Seorang wanita maut dalam nahas tiga kenderaan di Jalan Pontian Lama, Iskandar Puteri pada Selasa.
Wanita maut, empat termasuk kanak-kanak cedera, nahas dua kenderaan
Kemalangan di Kampung Gajah itu membabitkan kereta jenis Perodua Kancil dan Proton Perdana.
Penunggang wanita maut digilis treler di Jalan Klang Utama
Mangsa yang berusia 19 tahun menunggang motosikal jenis Yamaha SS110 dipercayai sedang dalam perjalanan dari Kapar menuju ke Klang.
Wanita maut dalam kemalangan go-kart ketika sambut hari lahir
Arini Mohamed Adinan dari Singapura terlibat dalam kemalangan mengerikan ketika menyambut hari jadi ke-33 bersama beberapa lagi rakannya di salah sebuah litar go-kart di Batam Rabu lepas.
Wanita maut, empat rakan cedera kereta jatuh gaung
Seorang wanita maut, manakala empat rakannya cedera selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung di Jalan Batang Kali, pada petang Ahad.
Wanita maut ditetak dengan parang, suspek jatuh jambatan
Suspek melarikan diri dan terjatuh ke dalam laut dari Jambatan Pulau Pinang.
Wanita maut kemalangan di Sekincan
Siasatan awal mendapati kereta dinaiki mangsa dan empat penumpang lain hilang kawalan dan melanggar struktur penutup longkang simen.
Wanita maut dipercayai disengat tebuan ketika mendaki di Bukit Gambir
Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa berusia 58 tahun meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Pulau Pinang (HPP).
Wanita maut dalam kebakaran tiga rumah
Mayat wanita berusia 49 tahun itu ditemui ditemui jam 10.05 malam, pada Jumaat.